Latar belakang Kidō

Aizen Sōsuke mempamerkan penggunaan sihir pemusnahan #90, Keranda Hitam.

Sihir-sihir Kidō adalah digunakan oleh para Shinigami dalam dunia fiksyen Bleach untuk pelbagai jenis tujuan. Sihir-sihir ini wujud sebagai kaedah suatu serangan, ikatan dan penyembuhan. Seperti sihir kenvensional, kebanyakan daripada sihir-sihir tersebut memerlukan sebutan atau ucapan melalui kata-kata tertentu untuk mengaktifkan kesan mereka. Mereka dibentuk menerusi penyaluran tenaga semangat, di mana jampi yang disebut akan menumpukannya menjadi suatu kesan tersendiri. Seperti yang telah disebut oleh Shiba Ganju, asas kaedah kidō dan penyaluran tenaga semangat dalam erti dasar merupakan sejenis imej mental di mana seseorang individu itu membiarkan dirinya diselubungi sebuah bulatan yang dihuni kegelapan.[1]

Kebanyakan daripada sihir-sihir kidō telah dikategorikan kepada dua: sihir pengikatan (縛道, bakudō, secara literal diterjemah sebagai "kaedah mengunci") dan sihir pemusnahan (破道, hadō, secara literal diterjemah sebagai "kaedah kehancuran"). Kategori pertama adalah lebih umum, merujuk kepada mana-mana teknik yang direka untuk menghalang musuh, termasuklah sihir-sihir pengesan dan komunikasi. Namun sesetengah sihir pengikatan pula boleh mencederakan sasaran mereka, dan mungkin juga membunuh. Sebaliknya, sihir-sihir pemusnahan pula, digunakan dengan tujukan untuk mencederakan musuh, seringkali terdiri daripada sejenis tembakan atau letupan tenaga.

Mengecualikan sihir penyembuhan, yang tidak memerlukan sebarang jenis jampi mahupun nama untuk dihasilkan, sihir-sihir kidō adalah terdiri daripada empat buah langkah yang berbeza: menyebut secara zahir sihir tersebut (yang selalunya agak panjang), kategorinya (pengikat atau pemusnah), nombornya, dan akhir sekali nama penuhnya. Nombor kepada sesebuah sihir menentukan tahap kesukaran untuk menghasilkannya dengan betul dan berkesan (#1 adalah amat mudah untuk dihasilkan, #99 pula adalah teramat sukar untuk dicipta). Dengan latihan yang mencukupi, langkah pertama mampu dikuasai, membenarkan sihir-sihir kidō digunakan dalam pertarungan dengan pantas, dikenalpasti sebagai pintasan jampi (詠唱破棄, eishō haki, secara literal diterjemah sebagai "buang jampi"). Namun dengan berbuat demikian, kesan sihir tersebut akan berkurang, iaitu tahap kesan di mana ia adalah bergantung kepada kebolehan dalaman individu yang mencipta sihir tersebut.[2]

Kidō berpasangan boleh digabungkan sebagai satu kebolehan tertentu, seperti yang ditonjolkan oleh Kotetsu Isane apabila dia mempamerkan sihir #58 untuk mengesan lokasi Aizen Sōsuke dan Ichimaru Gin di dalam Soul Society, kemudiannya sihir #77 untuk menunjukkan maklumat tersebut kepada setiap kapten dan leftenan (termasuklah Kurosaki Ichigo dan rakan-rakannya).[3] Kuchiki Rukia juga telah menunjukkan kebolehan yang serupa, di mana dia telah menggunakan dua jenis sihir kidō pada waktu yang sama dengan mengulang-alik jampi sihir mereka.[4]

Kidō boleh juga digabungkan dengan bentuk-bentuk pertarungan para Shinigami untuk membentuk kebolehan-kebolehan unik, misalnya teknik teriakan berkilau (瞬閧, shunkō, secara literal; teriakan peperangan serta-merta) milik Shihouin Yoruichi, yang menggabungkan tenaga kidō dan kombat tangan (白打, hakuda) untuk menumpukan tenaga semangat di bahagian belakang bahu untuk pergerakan yang lebih pantas, serta meningkatkan kuasa serangan.